Tahun 1997 - Seminggu setelah Ditipu Peah.
P agi itu memang nyaman. Berkabus, ayam sahut menyahut. Aku bangun pagi-pagi dan bersiap-siap nak pegi buat rutin pagi, tawaf kawasan lorong rumah aku. Aku sekolah petang, jadi waktu pagi diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kadang-kadang lepak kat paya sambil memancing, kadang-kadang pergi menuai buah ceri yang sudah masak, ada jugak time bila takde apa-apa aktiviti.
Tepat pukul 9, aku dah start menapak. Mencari member-member yang sealiran. Sesampai aku depan rumah Mat Weng, aku ternampak 2,3 orang member sealiran. Dengan kayu ditangan dan bermuka bengis , mereka berlari kearah aku. Aku menjadi cuak dan nervous. Takkan nak pukul aku sebab aku pau adik mereka yang sedang berdarjah satu takpun sebab aku ejas awek diorang kot. Itu sudah adat member-member, mana boleh marah. Apa-apa pun, baik aku ambik berhati-hati. Mereka semakin dekat, dan aku pun mengambil langkah drastik.
" Power Rangers Merah, Bertukar! " jerit aku dengan nada 269 Desibel sambil memejam mata dengan berharap bertukar kepada power Rangers merah yang robotnya berbentuk T-Rex. Itu belum lagi Power Ranger Warna Hijau yang pedangnya boleh ditiup untuk memanggil robotnya yang maha gergasi.
Aku berasa seakan bertenaga baru! Mungkin inilah yang dikatakan Kuasa. Slow-slow aku buka mata dan member aku dan berada di depan mata. Slow-slow aku buka buah tomoi ajaran seorang brader dekat-dekat dengan rumah aku. Berderai-derai aku diketawakan,
" Lu ni outdated betul!. Mana ada dah orang layan power Rangers. Semua orang tahu yang power Rangers tak wujud!.Karut semua tu. hahahahahahahaha "
" Dah tu apa yang up dan trendy sekarang? " ujar aku yang masih ber'stance' tomoi.
" Ni yang up sekarang! " sambil mereka menunjukkan benda yang up itu
Wah. Macam mana meraka dapat dulu kereta Dash ni dari aku? Nak beli memang takde chance. Aku syak mereka curi dari kedai Pok Mat.
" Lu takde ke? " ujar meraka dengan nada sinis.
" Eh ada! 2,3 kat rumah. Tu tak campur yang aku order dari ebay lagi! " bidas aku dengan teknologikal,
" dah tu pesal korang pegang-pegang kayu ni?" soal aku.
" Lu memang tak tengok cite Dashyankuro ke? Kayu ni boleh buat control kereta. Hah gini " sambil mereka membuat demonstrasi yang aku cukup meluat bila tengok.
" Ceh aku tengok ar. Kat Youtube ! " Aku berbohong. Apa kejadah sanggup ponteng kelas nak tengok cite Dashyankuro pukul 4.30 ptg. Aku budak bijak. Besar nanti nak jadi Angkasawan macam Aldrin. Syeikh Muzapa tak feymes lagi. Tak manisla kalau beridolakan orang yang tak feymes.
" Aku blah dulu ar. Nak buat kerja Ilmu Alam Plok, lepas tu nak tengok komet Halley " . Ujar aku dengan yakin untuk melambangkan cita-cita aku sambil memblahkankan diri.
Balik rumah, aku korek tabung BSN aku. Ala yang berbentuk Gajah pakai topi tuh. Adalah dalam rm3. Nak belanja awek pun tak lepas. Argh. aku berguling-guling kestressan. Hajat nak ada kerata Dash sendiri membuak-buak!. Wajah member-member sealiran terbayang-bayang di kepala menyakitkan lagi hati aku. Tiba - tiba.....
[ Bersambung Selepas Nightline ... ]