Zawawi, bukan nama sebenar, amat handal bermain bola sepak. Sejak dibangku sekolah rendah, dia telah 2,3 kali mewakili seolah beliau ke peringkat PKG. Naik ke sekolah Menengah, beliau juga mewakili sekolah tetapi nyaris-nyaris di-reject kerana beliau selalu suka tunggu-ayam ( offside ) dan tendangan beliau tersasar jauh dari gawang gol. Tetapi berkat usaha yang gigih, beliau kini menjadikan bola sepak sebagai periuk nasi beliau. Periuk nasi tu adalah simpulan bahasa.
Bapa Zawawi seorang bomoh part-timer. Siang hari, bapa Zawawi, Pak Rashid, bukan nama sebenar bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah klinik. Pak Rashid sudah bekerja di klinik itu selam 30 tahun tetapi tiada peluang untuk dinaikkan pangkat sebagai Doktor. Ketua kampung Pak Rashid mengusulkan supaya beliau menulis surat layang kepada agensi yang menggaji beliau sekarang.
Emak Zawawi, Makcik Enon, bukan nama sebenar seorang suri rumah. Dia juga bekerja sambilan dengan menjual kuih-muih dan minyak gamat untuk menampung perbelanjaan keluarga. Makcik Enon adalah peminat tegar Mawi dan Mazlan pet-pet. Makcik Enon juga dikenali sebagai ASTRO kerana Makcik Enon mempunyai akses kepada sesuatu berita yang RARE dan akan diolah dengan ulasan beliau sendiri seterusnya dipancarkan kepada pendengar2 yang sudi mendengar.
~~~~
Hari ini, 7.11.2009 Zawawi , bukan nama sebenar, telah membantu negeri yang diwakili beliau memenangi piala Malaysia dalam pertandingan sepak-sepak bola. Tahniah Zawawi dan Negeri yang diwakili beliau!. Semoga terus maju jaya.
FIN.