[ Permulaan ]
Dahi Pak Imam Berpeluh-peluh. Sudah lama beliau tak handle kes-kes kerasukan macam ni. Setakat jampimenjampi untuk budak yang kencing malam bolehlah. Tapi ini kes berat. Mata Ramli seakan-nyala nyala. Lidah Ramli terjelir-jelir. Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Ramli amat asing bagi seluruh penduduk kampung dan Pak Imam. Jesteru itu Tubuh Ramli ditekan-tekan. Bacaan ayat-ayat Pak Imam berterabur sebab dilempang Ramli yang kurus kering.
[ Konflik ]
" Jin Yang merasuk Ramli ni terlalu kuat. Mungkin Champion Heavyweight " getus Pak Imam sambil membetulkan serbannya yang senget. Pak Imam sudah tidak sanggup berhadapan dengan Jin yang merasuk Ramli.
" Pak Mat, Saya balik dulu. Isteri Saya nak bersalinnnnnnn. " Jerit Pak Imam sambil memecut Motor kapcainya. Nasib baik tak terlanggar kutu-kutu yang sedang lepak di wakaf depan rumah Pak Mat.
Pak Mat bukan tak tahu. Isteri Pak Imam sudah menopaus mana mungkin boleh beranak lagi. Alasan yang diberikan pak Imam amatlah tidak logik. Nasib baik wang pengeras baru separuh dibayar. Itu tak termasuk kos beli pulut kuning dan ayam panggang. Ini sudah 29 kali, Imam-imam yang dijemput Pak Mat melarikan diri tanpa sebab yang munasabah.
Seminggu kemudian..
Keadaan Ramli semakin teruk. Adakala dia berlari bogel sekeliling rumah. Pak Mat semakin pening. Isteri Pak Mat , Mak Mah sudah kering air mata menangis mengenangkan Ramli. Seluruh IPTA/IPTS di ibukota terpaksa ditutup bahana H1N1 iaitu virus selsema babi. Seluruh pelajar dipaksa balik ke rumah masing-masing selama seminggu. Seorang pemuda yang juga kawan lama Ramli telah pulang ke kampung.
Pada Malamnya, pemuda itu melawat rakannya Ramli. Dia mengusap-ngusap Kepala Ramli sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba Ramli bangun, matanya merah menyala dan menyerang kawannya itu. Penmuda itu menepis Ramli dengan kuat. Ramli tersepit dicelah pintu. Tiba-tiba pemuda itu menjerit,
" Pak Mat, ccceepat sediakan pulut kuning dan ayam panggang! "
Tergesa-gesa Pak mat menuai padi pulut di sawah. Pak Mat tanak dengan kadar segera dengan kepanasan 300 darjah celcius. Pak Mat masukkan setitis iodin unutk memberikan pulut itu warna kekuningan, tambahan pula bagi Pak Mat, iodin amat berkhasiat. Mak Mah pula berhempas pulas mengejar ayam kampung , sembelih lalu memanggangnya. 45 minit kemudian juadah pengeras itupun siap.
Ramli masih lagi tersepit. Tiba-tiba ramli mengamuk. Pintu terkopak akibat kekuatan Ramli. Ramli berlari kearah rakannya itu dengan gigi menyerigai. Pemuda itu menulis sesuatu diatas kertas A4. Ramli semakin hampir dan pemuda itu berpusing 180 darjah dan menampal kertas A4 itu ke dahi Ramli. Kertas A4 itu bertulis " Liebe". Entah ape jadah maksudnya. Ramli tiba terduduk dan senyap. Pemuda itu dengan sertamerta duduk dihadapan Ramli. Pak mat dan Mak mah duduk dibelakang pemuda itu , takut-takut. Dan Pemuda itu bercakap dengan Jin yang merasuk Ramli.
[ Klimaks ]
" Wie heißt du? " Jerkah Ramli Dengan Kuat dalam bahasa yang begitu asing bagi Pak mat dan Mak mah. Ramli seakan memahami
" ich heiße Schmidt! " Jawab Ramli dengan tenang sambil dikuti ketawa yang amat menyeramkan.
" Guten Tag. Ich heiße Frau Basri." Balas Pemuda itu dengan muka cuak.
" Guten Tag !" Jerit Ramli dengan tiba-tiba. Ramli menjadi semakin aggresif. Kertas A4 didahinya semakin tercabut.
" Freut mich . Tschüs! " Balas Pemuda itu sambil mengepit ibu jari Ramli. Ramli menjerit dengan kuat dan pengsan. Mata Ramli sudah tidak merah lagi. Ramli sudah normal. Jin yang menghasut Ramli telah Tiada. Pemuda itu berwajah lega.
[ Anti Klimaks / pengakhiran ]
Pemuda itu berdiri sambil menyalakan Winston Light ,
" Nama saya Basri. Saya adalah pelajar bahasa German di UPM. Kalau ada kes-kes paranormal, saya akan berada berdekatannnnn " dan pemuda itu menghilangkan diri dalam kegelapan malam bersama pulut kuning dan ayam panggang.
Pak Mat dan Mak Mah terkebil-kebil dan kagum dengan kebolehan Basri. Mereka tertanya-tanya siapakah Basri yang sebenarnya. Ramli pula semakin sedar. Apabila ditanya tentang Basri, Ramli mengatakan yang dia tiada kawan yang bernama Basri. Keadaan semakin menjadi misteri....