Kelas Poetry memang bosan. Lecturer pung pang pung pang kat depan, student angguk-angguk buat paham, aku haram tak paham. Konsep tak betol, jalan cerita kurang ngam , tula jawapan yang ada dalam kepala aku kalau lecturer tetiba je meroyan nak tanya soalan. Apa jadah tanya soalan tentang A Rose for Emily ngan The Storm , tanya la tentang Exorcism Of Emily Rose ke, Storm Rider ke kalau tentang Ben 10 lagi kaw. Aku memang hafal bab - bab tuh. Member aku kat depan kepala dah terngeleng- ngeleng. Mula-mula aku syak dia tengah berzikir tapi melihat rambut dia yang berwarna burgundy-die rambut Syurah kaler no 3 , aku yakin dia syok tido. Sempat juga mengigau. Aku jenguk-jenguk dalam kelas, semua muka tekun. Ada la sekali dua kawan aku yang duduk jauh buat muka serius nak tanya soalan, cepat-cepat aku pintas dengan isyarat tangan. Ah. soalan ridiculous, mungkin akan berkaitan luar dari konteks. Tetiba lecturer bangun dan melilau cari mangsa, aku bukak buku dan gigit pensel. Buat muka tekun dengan sedikit stress. Aku bulat-bulat teks dan buat-buat nak tanya soalan.Letih jugak buat muka tekun nih.
Dengan automatiknya henset aku bergegar. Sebelum nada dering SMS berbunyi, aku cepat-cepat cover. Malu weh. aku set nada dering lagu Burzum, takut orang cop aku BESI HITAM lak. Tak macam member aku sorang ni, nada dering SMS ngn nada dring telefon sama panjang. Memang tak cool, lebih kearah bangsat. Aku menilik-nilik mesej.
" Adakah anda sedar tentang konsep 1Malaysia? Taip 1M A utk YA atau 1M B utk TIDAK & SMS ke 1XXXX "
Ah aku boleh search internet la woi. Aku tak reply
" Cerita The Storm ni pasal pasangan Gay "
Aku terkedu. Macam mana boleh lepas Malaysia cerita ni?. Aku tak reply
" On the way nak beli telefon baru ni "
~ Aku tak reply
" Lebih 100 video "homemade yg terpanas" utk koleksi anda! Jika mau, Sila balas YA. Yang pasti SEKtified! Hanya utk umur 18 keatas, warning!! "
Tetiba je jari aku bergerak dengan sendiri. Muka berdebar kover line. Dahi berpeluh-peluh . Korang ingat tak bosan ke kelas POETRY ni?

Labels: twist