Kehadapan Mak tersayang,
Mak apa khabar? Harap Mak sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Zull disini sihat sejahtera dan gembira selalu. Ialah kita kena selalu gembira, ada kata motivasi mengatakan kalau kita gembira, orang disekiling juga akan gembira. Bak Dalam bahasa Inggerisnya ; Laugh and all will laugh with you. Weep , you cry alone. Betul tak , Mak? Tapi kan keadaan disini tak sama dengan Terengganu. Belajar pun tak sama. Kat sini makan mahal macam nak mampos. Nasi dengan ayam goreng sudah RM 4.50. Dulu kat sana , kat kedai Nawi baru rm 3.00. Ayam pun goreng dengan daun kari , kat sini goreng dengan penyalut pisang goreng. Tak sedap, mahal pulak tu! Belajar kat sini pun kena indipendent. Nota kena buat sendiri ,kalo-tak-study-tiru-orang dan macam-macam lagi. pening juga tapi zull kuatkan semangat juga.
Oh, tujuan zull menulis surat ini adalah untuk memberitahu Mak tentang kelewatan kutipan dokumen PTPTN kelompok kedua. Dah nak masuk sebulan.Letih-letih je rushing isi borang PTPTN dan pergi cop kat JKKK dan tiru signature Pegawai kelas A. Macam bodoh kan? Loan ni penting unutk seseorang student. Nak beli buku , beli stationary , buat photostat dan macam-macam lagi yang berfaedah. Tu tak termasuk duit belanja makan. Kos sara hidup kat sini tinggilah Mak. Naik komuter dah RM2 , kalo ulang alik sepuluh kali tak ke RM20? Dengar-dengar khabar angin, harga tiket komuter nak naik 100% berkuat kuasa esok. Kalau tengok wayang dah Rm40. Yelah, kena tengok kat seat Gold Class. Seat kelas ekonomi tak best. Sound tak power, gambar macam vcd cetak rompak. Subtitle pon tunggang langgang. Topup dalam seminggu Rm50 boleh habis. Mesej classmates tanya kelas ada ke tak , mesej lecturer samaada kelas batal atau postponed. Diorang guna Digi sebab tu mahal macam nak mampos.Lebih lebih lagi bila ada seorang lecturer suruh call mak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Sekian disini sahaja surat kali ni. Sekarang dah lewat malam, rasa mengantuk. Berjumpa lagi dalam surat yang akan datang. Oh ya. duit haritu yang mak bagi dah habis. Boleh banking lagi? Tambahan minggu depan dah start pose . bye-bye.
Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
Hik3
Yang Benar.
Labels: Surat