Tetiba Alfifi teringat cerita Sherlock Holmes. Tampar telinga, tumbuk dagu, tumbuk rusuk masih belum puas hati Alfifi rasanya. Ditambah dengan penangan Ong Bak; siku terbang, lutut terbang biar pecah kepala lelaki tu baru Alfifi puas hati, kot. Alfifi juga dilatih dari kecil untuk menjadi Ninja Assasin. Setakat penggal kepala, kerat kaki, kerat tangan Alfifi takde masalah punye.
Alfifi menyedut dalam sisa-sisa asap Dunhill, hembus panjang. Air yang tinggal separuh gelas dihabiskan dengan sekali teguk. Lelaki tadi berpaling kearah lain.
"Inilah masanya!"
Alfifi mengenggam erat tangannya dan menggosok-gosok buku limanya. Alfifi bingkas bangun dan
.........
meninggalkan Restoran Maulana dengan kadar segera.
"Ah.....Wallet tertinggal!!!" Jerit Alfifi sambil berlari-lari kecil menghilangkan diri didalam gelap.
Tamat.
Labels: Cerikas