Hai. Salam Ramadhan. Namaku Cara Berlauk. Korang boleh panggil aku Cara / CarBer je , ataupun ikut kretiviti korang asalkan berbunyi modern dan KeyEll. Pada Bulan - bulan lain ( baca ; bulan sebelum puasa ) aku low profile. Tak banyak aku buat kemunculan, kalau ada pon di pasar-pasar malam dan pasaran gelap tu pun untuk regular customer je tapi bila bulan puasa ni, nama aku semakin naik, populariti mencanak-canak.Korang try ar ke bazaar , try cari aku. Aku gerenti setiap penjual aku ada stok aku. Tapi jangan la cari aku kat Kedai Emas beb. Memang susah market Emas ni lebih-lebih lagi di bazar Ramadhan. Ini adalah Sarcasm. Mengerti?
Aku ni ada banyak jenis dan rupa. Ala macam manusia jugak. Ada yang sifat buruk, jahat, keji dan suka berlakon. Aku sebagai sejenis kuih pun sudah masak dengan perangai korang. Emmm. berbalik kepada jenis dan rupa kaum kerabat aku tadi pula. Aku ditolak dengan harga Rm1 = 3 biji , paling up Rm1 = 5biji, tapi tu dulu, sebelum harga barang naik dan diekploitasi. Kalo korang beli aku kat gerai kuih yang jual Rm1 = 3 biji kuih tapi boleh mix kuih, gerenti TAK SEDAP. Aku ulangi TAK SEDAP. Tu hanya marketing strategi untuk mengabui ketidaksedapan aku. Kalo korang nak rasa aku yang pure dan gebu , korang carilah gerai yang khusus dan fokus hanya menjual aku. Aku gerenti korang akan berpuas hati.
Manusia. Kalo beli aku takkan beli Rm1 punyalah. Kalo paling ekonomi pon pasti beli Rm2. Makan sebijik, lagi 5 bijik reserve untuk sahur. TU pun kalo bangun. Sesedap mane pun rase aku, pasti muak punyelah selepas korang bedal Tomyam , Ayam percik, Nasi Biryani, Air coke, Ayam goreng KFC dan nasi untuk berbuka puasa. Pastu mulalah riwayat aku berakhir didalam tong sampah. Nafsu manusia
Jimatlah wahai manusia, share kuih dan lauk berbuka dengan rakan anda.!
Jangan Membazir.
Pesanan ikhlas dari ;
Persatuan kuih dan Lauk terbuang
Hahahahha ( ketawa cam setan )